Thursday, May 28, 2009

Hak Penjagaan Macam Mesin Vending .. nice from Husin Lempoyang

Posted by Ross |

been following this guy blog .. nice though sarcastic jokes and analogy

Hak penjagaan macam mesin vending
Alkisahnya, sepasang suami isteri baru bercerai dan tidak mencapai kata sepakat untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Maka mereka pun pegi ke pejabat agama untuk berjumpa Tuan Kadi untuk meminta nasihat.Tuan Kadi bertanye pada sebelah perempuan, "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?"Perempuan itu menjawab, "Saya yang mengandungkan anak tu, Tuan. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya."Si jantan (suami) terkedu sebenatar kerana dia tahu Tuan Kadhi akan bertanya kepadanya selepas ini. Dia sedang memikir apa benda nak goreng Tuan Kadi ni ...Sedang dia mengelamun sekejap, Tuan Kadi pun bertanye, "Hah ... kamu! Bagi alasan kamu kenapa anak itu kamu yang patut bela?""Tuan .. Kalaulah saya ada syiling seringgit. Saya 'masukkan' dalam vending machine. Lepas itu, saya tekan satu butang pilihan. Keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye Tuan. Air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"Tuan Kadi menjawab, "Hak kamu le."Jantan itu pun terangkan, "Sama le kes ni ..."

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2009/05/hak-penjagaan-macam-mesin-vending.html

0 comments:

Post a Comment